{{ 'fb_in_app_browser_popup.desc' | translate }} {{ 'fb_in_app_browser_popup.copy_link' | translate }}

{{ 'in_app_browser_popup.desc' | translate }}

DS I EJEN HADRAMIYAH

SYARAT MENJADI TEAM HADRAMIYAH

  • Di butik tiada harga DS/EJEN. Mana-mana DS HADRAMIYAH yang membuat pembelian di butik tidak akan dapat harga dropshipper. Harga dropshipper hanya boleh didapati melalui website rasmi HADRAMIYAH iaitu hadramiyah.com . Dari website tersebut DS HADRAMIYAH terus klik produk-produk yang customer anda pilih dan DS HADRAMIYAH terus bayar dengan harga dropshipper(website sudah display harga dropshipper selepas DS log in).

  • Pihak pengurusan HADRAMIYAH akan menjalankan tapisan(filtering) utk mana-mana DS HADRAMIYAH yang tidak aktif, dalam masa 3 bulan sekali dan juga minimum jumlah jualan untuk 3 bulan adalah RM500, untuk kekal sebagai DS HG. Mana-mana DS HG yang tidak aktif selama 3 bulan atau jumlah jualan kurang dari RM500 dalam masa 3 bulan, dianggap tidak aktif dan akan dikeluarkan dari team DS HADRAMIYAH.

  • Harga jualan yang diletakkan oleh DS HADRAMIYAH tidak boleh rendah daripada harga jualan yang diletakkan oleh HADRAMIYAH

  • Pihak pengurusan berhak menggugurkan mana-mana DS HADRAMIYAH serta merta sekiranya didapati menggunakan ayat kurang sopan dengan pihak HADRAMIYAH atau pelanggan HADRAMIYAH, block whatsapp customer atau tidak boleh uruskan pelanggan dengan baik dan melakukan penipuan dalam urusan jual beli. Pihak pengurusan juga berhak menggugurkan mana-mana DS HADRAMIYAH tanpa sebarang notis.

  • "No Urgent Order" mohon DS HADRAMIYAH maklumkan terlebih dahulu masa penghantaran barang pada customer iaitu mungkin akan mengambil masa 2-7 hari bekerja (tidak termasuk sabtu dan ahad kerana tiada pengeposan pada hari sabtu dan ahad) supaya customer anda lebih bersedia.

  • Mohon untuk DS HADRAMIYAH selesaikan baki wang customer terlebih dahulu sebelum buat order pelanggan dalam website HADRAMIYAH (sekiranya customer terlebih bank in duit). Pihak HADRAMIYAH tidak bertanggungjawab atas lebihan duit pelanggan yang berurusan dengan DS HADRAMIYAH.

  • Apabila anda sudah selesai order di dalam website dan sudah selesai pembayaran FPX, tiada lagi perubahan atau penambahan pada item atau alamat pelanggan.

  • Untuk item refund (sekiranya ada masalah parcel atau isu2 lain dan customer ingin refund semula duit), tiada komisen diberikan untuk item refund tersebut.
UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI TEAM HADRAMIYAH
sila tekan link dibawah