KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH NEWBIE DALAM BERNIQAB

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh niqabis, khusus yang newbie

Tudung pendek
Kalau dia labuhkan sikit tudung tu kan, memang nampak sopan sangat sangat. Bukan apa, nampak macam tak kena bila berniqab dah nampak elok dah, tapi tudungnya kontot je.

Tak pakai stokin
Kenapa nak kene pakai stokin pulak bila berniqab? yelah, tutup muka tu sunat sahaja tapi tutup kaki tu wajib. Dosa tau sebab kaki tu aurat. Tak ke pelik tutup muka tapi tak tutup kaki. Terbalik pulak

Pakai seluar ketat
Yang ni memang nonsense la. Atas tutup ok, tengok bawah alamak, pakai leging. Yang pakai jean ketat pun ada je. Alangkah baiknya kalau tukar pakai seluar sopan sikit. Nak sopan lagi pakai kain. Nak lagi sopan pakai jubah. Solehah sangat dah tu.

Pergi dating/bergaul bebas
Yang ni pun memang buat spoil la. Tak baik tau. Tinggalkan yang tak baik tu (dating), tapi yang baik tu (pakai niqab) boleh teruskan. 

Ketawa besar
Yang ni pun boleh tahan jugak. Pakai sopan berjalan pun ayu je tengok, sekali dia gelak, Masyaallah
boleh bergegar satu dewan. Kita pulak yang segan. Tapi kita faham, tu kan habit masing masing. Tapi kalau dapat kawal sikit kan, insyaallah perfect la.

 

Inspired by

Hadramiyah

 

#hadramiyahsharing #soaljawabniqab #niqabyaman #hadramiyah #niqabis #niqabmalaysia #niqab #purdah #tarim