Umumnya wanita di sana memakai hitam sahaja apabila keluar dari rumah. Apabila ada yang menyalahi kebiasaan umum (dengan memakai pakaian berwarna), tentulah di sana akan menarik perhatian orang dan menjadi tumpuan terutama orang lelaki. Maka pada ketika itu, pakaian selain berwarna hitam akan dikira berlebih-lebihan (fitnah), kerana ia mencarik kebiasaan adat disana.

 

Kalau di Malaysia bolej jadi fitnah tak??

TIDAK, sebab memang kebiasaan umum di sini, kita memakai pakaian berwarna warni, bercorak-corak dan sebagainya. Bukan lah suatu perkara yang pelik apabila kita melihat orang memakai baju berwarna, bergaris, bertompok dan sebagainya. Maka ia bukanlah dikira berlebih-lebihan (fitnah).

Melainkan sekiranya dipakai dengan pakaian yang ketat dan singkat,sehingga membuatkan mata lelaki tertarik dan menjadi perhatian mereka, maka pada ketika itu pakaian itu menjadi fitnah walaupun berwarna hitam sekalipun.

 

Wallahu a'lam.

 

#hadramiyahsharing #soaljawabniqab #niqabyaman #hadramiyah #niqabis #niqabmalaysia #niqab #purdah #tarim