GILA CHIFFON YAMAN?

 

 

 

Mesti korang tertanya-tanya kenapa orang asyik sebut-sebut chiffon yaman kan?

 

2 jenis chiffon yang sering digunakan di negara Yaman untuk membuat tudung, shawl dan semestinya niqabnya yang terkenal kerana kelembutannya.

Chiffon At Tobie

Chiffon Ar Rayda

Apakah yang membezakan kedua-dua chiffon ni?

Chiffon ini hanya ada Yaman dan tiada di Malaysia

 

Sebagaimana kalau di Malaysia kita selalu jumpa kain komocrepe, aritachi, koshibo dan sebagainya, begitu juga di Yaman dan negara di sekitarnya akan selalu jumpa kain At Tobie, ArRaida, Kuri dan sebagainya.

 

Yang menariknya adalah material yang biasa kita jumpa di Malaysia sangat sukar untuk dicari di negara mereka. Nak cari kain komocrepe dekat Yaman memang tak jumpa.

 

Sama juga, kalau nak cari kain Abaya dubai, memang tak jumpa di Malaysia yang sama kualiti dekat Dubai. Begitulah juga, kalau nak cari Chiffon yang selalu digunakan oleh orang Yaman di Malaysia. Memang tak kan jumpa.

 

Sebab apa ya?

Sebab negara-negara pengeluar kain dah tetapkan market material hanya khusus untuk blok negara tertentu. Sebab tu lah kita akan jumpa sesuatu yang ada di negara lain tiada di negara kita.

 

Begitu juga apabila mereka datang ke negara kita mereka akan jumpa sesuatu yang ada pada kita tiada di negara mereka.

 

Macamana rasa materialnya?

Rasa ni sesuatu yang subjektif. Maksudnya lain orang lain pandangan. Tapi secara umumnya chiffon At Tobie rasanya lembut pada kulit, menyerap peluh dengan sangat baik, materialnya agak berat so tak terawang-awang kalau ditiup angin dan yang paling best material ni sangat-sangat sesuai dibuat sebagai penutup muka sebab ia tak cepat berbau walaupun dah seharian dipakai.

 

Lagipun berniqab sememangnya adalah pakaian umum bagi wanita di sana. So memang tak menghairankan kalau mereka mempunyai material terbaik untuk niqab mereka.

 

So nak tahu macamana rasanya?

Kene lah try dulu niqab-niqab yaman. Korang boleh cari dekat butik yang biasa menjual barangan yaman seperti Butik Hadramiyah. Memang paduuu.

 

Bermanfaat?

Please tekan share^_^