Mesti korang tertanya-tanya atau pun perasan, kenapa ye kebanyakan wanita di negara lain khususnya di negara arab menutup muka.

 

Mungkin memang adat mereka kot. Ada kene mengena ke tutup muka dengan adat di negara arab?

 

Jawapannya tidak. Sebab di sana ada juga orang kristian, tapi mereka tak bertudung dan menutup muka. Hanya muslimah sahaja yang bertudung dan menutup muka.

Tapi kan, kenapa mesti tutup muka sekali? Muslimah di Malaysia kebanyakannya tak tutup pun. Bukan ke sama-sama salam.mazhab Syafie juga?

Jawapannya adalah perbezaan pendapat dalam kalangan mazhab Syafie sendiri.

Pendapat yang muktamad adalah "SELURUH ANGGOTA WANITA TERMASUK MUKA DAN TANGAN ADALAH AURAT" di luar solat.

 

Pendapat ni digunapakai oleh kebanyakan negara arab bermazhab Syafie. Nak pulak orang arab ni cukup cemburu kalau orang lain jeling-jeling anak dara dia.

Pendapat yang lain mengatakan SELURUH ANGGOTA WANITA ADALAH AURAT KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN di luar solat DWNGAN CATATAN SEKIRANYA BOLEH MENDATANGKAN FITNAH BAGI LELAKI baru lah hukumnya menjadi aurat juga.

 

Pendapat yang ini banyak digunapakai dekat negara asia tenggara termasuk Malaysia.

Sebab tu lah jadi perbezaan walaupun dalam mazhab yang sama juga.

Tapi kan , semenjak akhir-akhir ni dah semakin ramai yang mula menutup muka di Malaysia. Tambah-tambah pulak musim Pandemik Covid19 ni semkin ramai menutup muka. Alhamdulillah. Hukum menutup muka bertukar jadi wajib. Secara tak lansung dapat beramal dengan tuntutan nabi kita walaupun mungkin salam keadaan terpaksa, mungkin lama-lama jadi suka.

 

Ada juga yang mencari alternatif lain selain facemask untuk tutup muka. Ada yang berniqab, berpurdah tak korang juga ada yang berfrench jilbab.

 

Nak cari FRENCH JILBAB EKSKLUSIF NO 1 DI MALAYSIA?

mai tengok dekat sini
hadramiyah.com